Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK) adalah satu sistem pentaksiran
yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK
merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian
pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem
yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk
menilai potensi murid dan kesediaan untuk
belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan
secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal
intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta
moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi
Nasional.
PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah
pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun
2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR
yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya
dalam bentuk PBS.
1
|
APAKAH PBS?
|
PBS merupakan satu pentaksiran yang
bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi
dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang
akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru
untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa
proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di
akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran
kebangsaan merangkumi:
v Pentaksiran Sekolah
v Pentaksiran Pusat
v Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
v Pentaksiran
Psikometrik
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang,
dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah.
Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran
kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan
rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir,
diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan
tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam
tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan
melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan,
aktiviti kokurikulum danaktiviti ekstrakurikulum (contohnya
penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat
murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar
selain sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan
di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired
ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.
2.
|
APAKAH
OBJEKTIF PBS?
|
Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:
· mendapatkan gambaran
secara keseluruhan tentang potensi individu
· memantau pertumbuhan dan
membantu meningkatkan potensi individu
· membuat pelaporan
bermakna tentang pembelajaran individu
Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui
sistem pendidikan negara mencapai taraf antarabangsa dalam bidang
ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.
.
3
|
SUBJEK
APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?
|
Semua subjek yang diajar di sekolah
rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.
4
|
BAGAIMANAKAH
GURU MELAKSANAKAN PBS?
|
Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan
PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi
perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan
utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.
Guru diberi pengiktirafan dan autonomi
untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan
pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir
tahun.
Untuk mentaksir guru tidak semestinya
menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens
atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan
lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS
tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid
mereka.
5
|
APAKAH
KELEBIHAN PBS?
|
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah
sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard
Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran
serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan
maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan
pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid
dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid
dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.
Murid-murid dinilai
secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang
lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk
data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri
seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang
berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
6
|
APAKAH
YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?
|
Dalam PBS pencapaian
murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti 81%
atau pun gred A,B,C,D.
BAND
|
STANDARD
|
6
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan
Beradab Mithali
|
5
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan
Beradab Terpuji
|
4
|
Tahu, Faham
dan Boleh Buat dengan Beradab
|
3
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat
|
2
|
Tahu dan Faham
|
1
|
Tahu
|
Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan
kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya
bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....
Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah
dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24 lebih banyak
dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.
Di Band 3, murid boleh menggunakan
pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Bagi
matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah, tolak,
darab dan bahagi.
Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap
telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut.
Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan
beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara
sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.
Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab
pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal
dan bersikap positif. Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu
menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali
dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?
Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea
yang kreatif dan inovatif,mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk
mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh
berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid
boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja
biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best
buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.
Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred
lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid
mencapai Band minima 3.
PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan
atau pemulihan mengikut keperluan murid.
Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan
murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus
dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini
tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak
dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan
lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju.
Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal mewujudkan
persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.
7
|
ADAKAH PBS
AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?
|
Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan
bijak, guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak manfaat dan mampu
mengurangkan beban tugas guru.
Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua
aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan
tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan
Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum)
dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor perkembangan murid. Data yang
disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan.
8
|
BOLEHKAH
GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?
|
Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang
dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja
murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang menunjukkan
murid telah menguasai kemahiran yang diajar.
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai
melalui:
a. Pementoran
b. Penyelarasan
c. Pemantauan
d. Pengesanan
Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan
membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang
telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.
Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan
merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang
diberikan oleh guru adalah sah dan boleh dipercayai.
Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS
mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan
pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran.
Pemantau Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang
terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.
Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan
keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan,
kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut
melibatkan guru dan pegawai KPM.
Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru
Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat
Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS
dilaksanakan dengan baik seperti dirancang. Setiap individu yang terlibat
dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah
bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan.
Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat
pentaksiran.
9
|
ADAKAH PBS
SATU KONSEP BARU?
|
PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz,
latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek adalah kaedah yang sering diguna
pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang
diajar.
10
|
PENUTUP
|
Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan
maklumat tentang prestasi muridbagi memperkembangkan sepenuhnya
potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Apa yang jelas, proses penambahbaikan
yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi gambaran
bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk
penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. Lebih
dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua
aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja
terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan
kokurikulum.
Murid-murid dinilai secara adil dan
saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan,
bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak
sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data
kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang
murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna,
penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat
yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid.
Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan
perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN
Sumber : Blog Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
